Sunday, September 14, 2008

SESI JANUARI 2006 (MID TERM)

a) Lukis dan labelkan gambarajah blok utama sebuah osiloskop.
<8 markah>

b) Nyatakan 3 jenis osiloskop yang biasa digunakan di dalam kerja-kerja pengujian.
<3 markah>

c) nyatakan 3 teknik untuk mengesan kerosakan di dalam litar.
<3 markah>

d) Terangkan 2 perbezaan antara teknik ukuran voltan dan teknik ukuran rintangan.
<4 markah>

e) Nyatakan kegunaan kuar logik dan logic pulser.
<2 markah>

f) Lukiskan gambarajah yang sesuai bagi pengukuran voltan dan arus dengan menggunakan multimeter dengan betul.
<5 markah>

SESI JULAI 2006 (FINAL EXAM)

a) Lakar dan labelkan gambarajah blok utama osiloskop.
<5 markah>

b) Berikan 4 pengukuran yang boleh dilakukan oleh osiloskop.
<4 markah>

c) Terangkan bagaimana kita boleh mengenali elemen anod dan katod sesebuah diod dengan menggunakan multimeter analog.
<5 markah>

d) Nyatakan 2 langkah awal sebelum membuat pengukuran rintangan pada multimeter.
<2 markah>

e) Lakarkan rajah yang sesuai bagaimana multimeter analog digunakan bagi pengukuran berikut :

i) Voltan DC / AC
ii) Arus

<5 markah>

f) Nyatakan 4 kaedah yang digunakan untuk mengesan (diagnosis) kerosakan bagi alatan elektronik.
<4 markah>

SESI JANUARI 2007 (MID TERM)

a) Nyatakan 3 teknik yang digunakan untuk mengesan kerosakan di dalam litar elektronik dan terangkan dengan jelas teknik-teknik tersebut.
<9 markah>

b) Terangkan 2 perbezaan antara teknik ukuran voltan dan teknik ukuran rintangan.
<4 markah>

c) Lukiskan gambarajah yang sesuai bagi pengukuran voltan dan arus dengan menggunakan multimeter dengan betul.
<12 markah>

SESI JULAI 2007 (FINAL EXAM)

a) Namakan 3 jenis osiloskop dan terangkan fungsi bagi setiap osiloskop tersebut?
<9 markah>

b) Dengan bantuan gambarajah blok, labelkan bahagian sistem utama di dalam sebuah osiloskop?
<8 markah>

c) sebagai seorang juruteknik, anda diminta untuk membaikpulih sebuah penguat audio yang rosak menggunakan teknik suntikan dan surihan isyarat. Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, huraikan bagaimana teknik itu digunakan?
<8 markah>